Bagi orang yang berkeje 5 hari seminggu, bila tiba hari rabu ... dah rasa seronok je.Sbb dah masuk pertengahan hari bekerja. Ini bermakna, tinggal 2 hari lagi, kita akan bercuti rehat. Tetapi smlm tidak seperti hari rabu yang biasa aku lalui. Aku tak keje. Dalam erti kata lain, aku mengambil cuti tahunan selama sehari. Bukan ler menyambut tahun baru cina atau gi mengumpul ang pow - dan kalau mengikut tradisi org cina, aku tak layak punn :P.
okay, berbalik cerita asal. Semalam aku gi dating dgn hb. Saja2 jer la.. rasanya dah lama sangat tak keluar berdua... Seawal pagi, kitorg dah sampai K.L dah.. Walau pun dah lama kawin, bila keluar berdua nie...rasa malu sangat... rasa macam baru bercinta pulak... aku banyak diam je dalam kereta. Nak bagitau lapar pun malu. Iya la... baru sampai, dah lapar...heheheh. Lepas habis berurusan dgn JPJ, kitorg makan roti canai kat satu warung tepi jalan. Perut dah kenyang, terus kami gi SOGO. Mulanya nak beli handbag tapi tak jadi. Sbb rasa ralat pulak nak beli, tag kuning (sale) baru je kena buang. so better next time aje kitorg beli. berbaloi skit. Lepas shopping, ingat nak tengok wayang. Ronda2 kat tempat berdekatan, banyak pawagam yg dah tutup. Naik sakit berjalan kaki (melecet). Yang ada coliseum...hehehe..takkan nak tengok "my name is khan" kot , mahu kebas punggung aku. Last2 kitorg decide lain kali je la. Pukul 3.00, kitorang bertolak balik puchong. Singgah giant. Dan kemudian ambil anak. Gi pasar malam. Masak + Makan. Kemas2. Seblum pukul 9.00, kitorg semua dah tido. Letih sangat.
Walaupun aktiviti aku dan dia tak ler hebat mana...tapi aku enjoy sangat. Kalau jadi rutin bulanan kan seronok... bak kata org2 berpengalaman... dapat mengeratkan hubungan suami isteri...
Apa pun..best la keluar dgn awak... :P
No comments:
Post a Comment