Tuesday, June 15, 2010

homesick

cuti panjang di kampung memang seronok. hari ni, dah start keje balik. mak aii.. bosan sungguh. nasib baik boss tak ada. so tak ler rasa tertekan sangat.
ntah kenapa aku rasa sedih yg teramat sangat bila berjauhan dgn mak. aku rasa macam masa aku dok kat asrama dulu.. homesick.. yea... dari hari sabtu, dah ada kemurungan. malam tadi, aku menangis..sbb rasa rindu yg teramat. ni pun dah bergenang air mata. baru rasa tak bestnya dah berkeluarga. tak boleh nak berkepit dgn mak selalu. tak per la.. nanti minggu depan , aku try nak pujuk hb balik kampung lagi. mintak2 diizinkan.

hampir seminggu kat kampung, tak ada banyak aktiviti yg dilakukan kecuali menjahit langsir utk mak. itu memang target percutian kali ini. hehehhe. alhamdullilah. kami berjaya !!!. nampaknya tahun ni, tak le... malam raya menjahit lagi..hehehhe...
langsir utk rumah aku pun dah siap. cuma tingkat bwh je, kain masih dalam plastik lagi. huhuhu... Dan ada 4 pasang kain baju kurung masih menunggu. Menjahit pun bermusim kan..?? ni tgh musim malas sgt. harap2, musim "M" tu ...cepat berlalu.. :P

No comments:

Post a Comment