Tuesday, November 16, 2010

...

Dah lama tak menulis, semuanya gara2 tak boleh nak login.
Tempoh ber"cuti" itu, banyak perkara berlaku. Banyak yang pahit daripada yang manis.
Berbekalkan semangat yang hampir pudar. Pudar..??? Yea, semangat yang hampir mati,
aku cuba bangun walaupun kekadang aku rasa tak mampu menanggungnya.

Ramadan yang lalu, aku mengalami gastrik + morning sickness yang sangat teruk. Aku pregnant.
Doktor sahkan kandungan aku telah pun berusia 2+ bulan. Happy sangat. Memandangkan aku pandai skit.. menjahit baju (walaupun ada senget2...), so raya kali ni semuanya aku jahit sendiri termasuklah baju anak aku. Ingatkan raya nanti mesti seronok, tapi malangnya. raya tiba agak suram.
Abah tak sihat. Dan kami sekeluarga tak banyak berjalan-jalan. Adalah dua tiga rumah... Selepas seminggu cuti beraya, satu hari aku dikejutkan dengan
kesan darah kat seluar kecil aku. Hb kata tak ada apa2 , tunggu seminggu lagi utk monthly checkup.
Seminggu lepas tu, doktor kata bb dah tak ada. Dan aku terpaksa menunggu 2 minggu untuk
process keguguran berlaku secara natural.Sedih sangat. Bila melihat jasad yang hampir sempurna terkulai layu.

Pada masa yang sama, abah warded. Doktor kata paru-paru penuh air dan perlu ditebuk.Berdasarkan air tersebut,
doktor ada buat pelbagai ujian utk mengesahkan samada ianya kanser or tibi or ada jangkitan kuman. Alhamdullilah, semuanya ok.
Cuma satu ujian tidak dapat disahkan lagi iaitu kanser. Seminggu selepas discharge, doktor call mengatakan
terdapat sedikit masalah mengenai ujian darah tersebut. Abah diarahkan untuk melakukan CT Scan.
Musibah menimpa bila doktor mengesahkan ada empat tumor dalam badan abah. Dan sehingga kini, masih melakukan
pelbagai ujian. Macam batu besar jatuh kat bahu. Puas menangis. kalau ikutkan hati, rasa nak bakar semua kilang rokok.
Fikiran aku melayang2. Aku tak tahu nak buat apa2. Aku perlukan seseorang. Tapi orang tu, tak ada
pada aku. Dia tak pernah memahami apa yang aku alami. Aku rasa sangat tertekan.

Setiap hari aku berdoa dan solat hajat. Aku rasa tenang bercerita dan merayu padaMu ya ALLAH.
"Ya ALLAH yang maha pengasih, kasihanilah ayah kami. Sembuhkanlah ayah kami
daripada semua penyakit. Engkaulah yang maha berkuasa dan mampu mengubahnya".
"Ya ALLAH, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah urusanku".

Note :

Sahabat yang sentiasa cuma memahami aku, yg setia mendengar dan memberi pandangan dan cadangan.
Amat aku hargai. Kata sahabat --> "Allah tak akan memberi ujian ke atas umatnya yang tidak mampu memikulnya".
Semoga ALLAH membalas jasamu.:D

Mereka yang aku sayang, berhentikan merokok sebab aku masih sayangkan kamu.

No comments:

Post a Comment