Monday, January 10, 2011

Lawatan sehari ke Sungai Panjang.

last saturday, was our( for me and my brother) first trip to sungai panjang. Jauh jugak la , about 3++ km pergi balik dari jenjarom. Sampai sana , dalam pukul 12.++. Rasa sedih sangat tgk peninggalan abah. Kebun dah bersemak dah. Org yg jaga kebun abah tu kata, sekarang musim hujan. Jadi tak sesuai utk meracun, membazir katanya. Tujuan kitorg ke sana nak melihat kebun yg dah lama ditinggalkan. Lama jugalah, sejak abah sakit dan kami sibuk berulang alik ke hospital. Kami sepakat untuk teruskan sahaja apa yg abah lakukan sebelum ni.
Kami tak lama di rumah pakcik. Setelah semuanya selesai, kami berangkat pulang. Ingat nak singgah pekan sungai besar, nak cari kain tapi tak jumpa pun. Malas la nak mencari2. Kami sempat 'shopping' sedikit buat tgn di pantai remis + kedai2 di tepi jalan. Tak sangka pulak, pantai remis tu...happening. Lain kali boleh gi lagi kot. :P


Dgn kecanggihan Hp baru aku :P, kitorg dapat tangkap gambar kaki bigfoot.Hehehehhe...Macam bigfoot kan?? tu sebenarnya, anak adik aku yg hilang selipar sebelah tapi nak jugak ber"kebun". Alternative lain, terpaksa le pakai sarung tangan. HEHhehhe... Sampai sekrang, kitorg pelik..macamana selipar dia boleh ilang sebelah, padahal kitorg tak keluar kereta pun sepanjang perjalanan. Wondering...mmm, ada hantu ke??

No comments:

Post a Comment